Frankie Muniz
Frankie Muniz

Frankie Muniz

Francisco James Muniz IV (lahir 5 Disember 1985) ialah seorang pelakon, pelumba kereta dan pemuzik Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan melakonkan watak tajuk dalam sitkom Fox Malcolm in the Middle (2000–2006), yang melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Emmy dan dua pencalonan Anugerah Golden Globe. Beliau juga terkenal dengan filem-filem lakonannya termasuk Deuces Wild (2002), Big Fat Liar (2002), Agent Cody Banks (2003), dan Racing Stripes (2005). Di puncak kemasyhurannya, beoiau dianggap sebagai salah seorang pelakon kanak-kanak paling popular dan "salah seorang remaja Hollywood kacak" pada 2003.[1] Pada tahun 2008, beliau berundur dari kerjaya lakonan bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya perlumbaan kereta, dan bersaing di Atlantic Championship. Dari 2012 hingga 2014, beliau ialah pemain dram kumpulan rock indie, Kingsfoil.

Frankie Muniz

Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelumba kereta
  • pemuzik
Pasangan Paige Price
(k. 2020)
Anak 1
Tahun aktif 1997–kini
Laman web rasmi www.frankieandpaige.com
Kelahiran
Francisco James Muniz IV

(1985-12-05) 5 Disember 1985 (umur 35)